Monday, 7 January 2013

Saat lafaz sakinah telah terlaksana...

Bismillah Alhamdulillah aku bersyukur pada Allah kerana memakbulkan hajat yang telah sekian lama terpendam, sudah fitrah seorang wanita memerlukan seorang lelaki untuk dia cintai,kerana dengan rasa cinta itu akan lahir zuriat keturunan.Allah telah menyatukan aku dengan seorang lelaki pilihanNya, dua kali lafaz aku sah menjadi isteri kepada seorang suami. Suamiku, orangnya manis berkulit sawo matang, senyumannya cukup manis, tinggi jika dibandingkan denganku, jauh sangat bezanya.Kami hanya bertunang secara tidak rasmi selama dua bulan lebih kurang dan hanya berhubung untuk urusan perkahwinan semata.Aku agak malu untuk berlebih dalam bicara kerana dia juga begitu. Kami dipertemukan melalui seorang sahabat yang amat kuhormati akhlaknya, maka aku serahkan segalanya diputuskan oleh kedua ibubapaku dan juga suamiku..jika dia sudi menerima ku maka sudilah aku.Alhamdulillah segalanya dimudahkan hanya sekali sesi taaruf bersama keluarga.Kedua- dua belah pihak tiada aral, maka diputuskan tarikh utk menyatukan kami.Bila tiba perlaksanaan takdir, maka segalanya mudah.Segalanya lancar hinggalah hari yang ditetapkan. Berdebar rasa hati, bakal dinikahkan dengan seorang yang hanya sekali kutemui itupun bersama keluarga, dalam hati berbicara akan kutrima dia apa adanya.Dialah jodoh yang dihantar Allah untukku, dia lelaki yang bakal menawan hatiku dan kini aku benar tertawan dengannya..dia lelaki tempat kucurahkan ketaatan selama mana nafasku bisa berhembus. Saat tangan ku dalam gengamannya, rasa selamat menusuk dihati kerana itu aku terlalu senang tanganku dalam gengamannya dan dia pula senang memegang tanganku.Dia lelaki yang gemar berbicara, suka bercerita tentang kariernya dan aku gemar mendengar ceritanya kadangkala diselit dongeng rekaannya, aku sering berkata "abang ni suka buat dongeng la.." dan jawabnya simple " eh..Nabi pun suka bercerita dongeng dengan isteri dia tau..." dan aku terdiam, sungguh dia membuat ku merasa indahnya akhlak Nabi....Tidak kira dimana, jika dia ingin bercerita dia akan bercerita bersembang seolah hanya aku dan dia sahaja ketika itu. Dia sering membuat aku rasa bahagia..pernah ada sedikit perselisihan pendapat antara kami, dia mengenggam erat tanganku,lantas dia berkata..."abang sentiasa redha isteri abang, kita baru bina rumahtangga, lama lagi akan bersama..tiap malam abang akan redha isteri abang..." dan htiku cukup terharu..huluran maafku dibalas sedemikian indah..seperti biasa ciuman hangat akan singgah diantara dua kening dan kedua pipiku...aku lihat jauh dalam matanya..ada air mata bergenang..tidak mengalir ku tahu kerana dia lelaki..

No comments:

Post a Comment