Tuesday, 8 January 2013
Saat dua hati bersujud..
Alhadulillah, antara rutin rumah tanggaku adalah solat jemaah bersama, tenang rasa jiwa..mendengar suara sang suami, mungkin bacaannya biasa-biasa sahaja.Namun, hatiku cukup tenteram mendengarnya, bacaan dari seorang suami yang tulus menjadi imam isterinya.Bacaan dari hati, pasti jatuh ke hati..walaupun hanya sederhana namun, ada kasih sayang dalam tiap bacaannya.
Usai solat dia akan berdoa dan aku mengaminkannya, biasanya aku akan dekatkan diriku rapat ke badannya dekat dengan bahunya...benar, aku merasakan kepimpinannya tatkala itu.Usai doa seperti biasa 3 kucupan akan singgah diwajahku kadang dia mengusap lembut kepalaku.Sebagai isteri aku cukup bahagia. Jujur kukatakan saat itu antara saat yang aku nantikan...
pernah satu ketika, dia meminta aku membacakan doa, aku menolaknya pelik benar permintaanya. Berkali-kali aku bertanya boleh ke tak...hehe cam pelik ja, tak penah dibuat org..dia tak putus asa terus memujukku, katanya..."abang nak tahu hajat dan hasrat isteri abang, cepat la baca..abg aminkan." dan aku membacanya hingga kami sama-sama mengaminkan. Dia lelaki pertama yang mengaminkan doaku, dia yang pertama...dalam hati, bagus juga lelaki wat mcm ni rasa sangat dihargai sebagai seorang wanita..terima kkasih abang....biarpun dia jarang menutur sayang tapi..cahaya dalam matanya, tingkahlakunya, tawanya saat bersamaku, buat aku rasa disayangi.
Abang...abang benar merantai jiwa ini...
Monday, 7 January 2013
Saat lafaz sakinah telah terlaksana...
Bismillah
Alhamdulillah aku bersyukur pada Allah kerana memakbulkan hajat yang telah sekian lama terpendam, sudah fitrah seorang wanita memerlukan seorang lelaki untuk dia cintai,kerana dengan rasa cinta itu akan lahir zuriat keturunan.Allah telah menyatukan aku dengan seorang lelaki pilihanNya, dua kali lafaz aku sah menjadi isteri kepada seorang suami.
Suamiku, orangnya manis berkulit sawo matang, senyumannya cukup manis, tinggi jika dibandingkan denganku, jauh sangat bezanya.Kami hanya bertunang secara tidak rasmi selama dua bulan lebih kurang dan hanya berhubung untuk urusan perkahwinan semata.Aku agak malu untuk berlebih dalam bicara kerana dia juga begitu.
Kami dipertemukan melalui seorang sahabat yang amat kuhormati akhlaknya, maka aku serahkan segalanya diputuskan oleh kedua ibubapaku dan juga suamiku..jika dia sudi menerima ku maka sudilah aku.Alhamdulillah segalanya dimudahkan hanya sekali sesi taaruf bersama keluarga.Kedua- dua belah pihak tiada aral, maka diputuskan tarikh utk menyatukan kami.Bila tiba perlaksanaan takdir, maka segalanya mudah.Segalanya lancar hinggalah hari yang ditetapkan.
Berdebar rasa hati, bakal dinikahkan dengan seorang yang hanya sekali kutemui itupun bersama keluarga, dalam hati berbicara akan kutrima dia apa adanya.Dialah jodoh yang dihantar Allah untukku, dia lelaki yang bakal menawan hatiku dan kini aku benar tertawan dengannya..dia lelaki tempat kucurahkan ketaatan selama mana nafasku bisa berhembus.
Saat tangan ku dalam gengamannya, rasa selamat menusuk dihati kerana itu aku terlalu senang tanganku dalam gengamannya dan dia pula senang memegang tanganku.Dia lelaki yang gemar berbicara, suka bercerita tentang kariernya dan aku gemar mendengar ceritanya kadangkala diselit dongeng rekaannya, aku sering berkata "abang ni suka buat dongeng la.." dan jawabnya simple " eh..Nabi pun suka bercerita dongeng dengan isteri dia tau..." dan aku terdiam, sungguh dia membuat ku merasa indahnya akhlak Nabi....Tidak
kira dimana, jika dia ingin bercerita dia akan bercerita bersembang seolah hanya aku
dan dia sahaja ketika itu.
Dia sering membuat aku rasa bahagia..pernah ada sedikit perselisihan pendapat antara kami, dia mengenggam erat tanganku,lantas dia berkata..."abang sentiasa redha isteri abang, kita baru bina rumahtangga, lama lagi akan bersama..tiap malam abang akan redha isteri abang..." dan htiku cukup terharu..huluran maafku dibalas sedemikian indah..seperti biasa ciuman hangat akan singgah diantara dua kening dan kedua pipiku...aku lihat jauh dalam matanya..ada air mata bergenang..tidak mengalir ku tahu kerana dia lelaki..
Subscribe to:
Comments (Atom)